CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 26 April 2011

Erti Kasih Sayang...


Pada suatu hari di sekolah, seorg murid bertanya pada guru. Ketika itu guru sedang mengajar mengenai kasih sayang...

Pelajar: "Cikgu, macam mana kite nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kite sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu: "Ok, kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput dihadapan kamu. Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Sudah petik rumput yang PALING CANTIK, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.
Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpe pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap x boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

Cikgu: "Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kite telah berjumpa dengan seseorang yang kite sayang, janganlah kite mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kite patut hargai orang yang berada hadapan kite dengan sebaik-baiknya. Jangan kite menoleh ke belakang lagi kerana yang berlal tetap susah berlalu. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kite sayang itulah yang paling cantik dan paling baik..."

1 comment: